Monday, September 28, 2009

::Cerita Hari Ini::

Busy saya sudah tahap maximum...tapi mash ada lagi hati nak ber'blog'...

Ingat saya ni robot aper?

Saya rindukan suasana duduk kat umah...jumpa prospek..wat duit dgn hati yang senang dan gumbira...

Thursday, September 3, 2009

::Duit Jatuh::

Ni bukan tipu...ni betul-betul terjadi..
Saya tadi pegilah Jusco Maluri...Window shopping...Alih-alih shopping gak...
Tengah mata melilau tgk kiri kanan kedai...Sampai kat Vincci, tiba-tiba ternampak duit not 50 hinggit jatuh dari atas.
Depan saya ada pulak couple cina tua, diaorang pun nampak. Saya dan diorang pergila ke tepi sikit, tengok-tengokkan kalau ada orang yang terjatuh duit. Tapi xder pun.
Yang couple cina ni pun amik dan terus je berjalan sambil tengok kat atas. Kira burn lah.
Rezeki diorang la tuh.
Senangnya orang tu baling duit. Kaya lah tu. Sampai duit jatuh pun x sedar. Bukannya puluh-puluh. Tapi ratusan.
Kalau saya kaya, insyaallah. Tak mungkin saya baling duit, sebaliknya sedekah.
Dengan bisnes skrg yg kini saya usahakan, insyaallah..
"Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima"
Notakaki: Bestnya kalo saya yang berada depan couple cina tadi...huhuhu

Wednesday, September 2, 2009

::Janji Allah Kepada Umat Yang Berusaha::

Dipetik daripada artikel suratkhabar Utusan bertarikh 2 September 2009

DAN janganlah kamu terharap-harap (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (an-Nisa': 32)

Huraian
Allah menjadikan setiap makhluk dengan pelbagai keistimewaan. Perbezaan lelaki dan wanita dalam pelbagai perkara seperti dalam struktur badan, kecenderungan, tingkah laku, kekuatan fizikal dan sebagainya. Mereka mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada lawan jenisnya tetapi dalam masa sama, kekurangan yang ada antara satu sama lain bukanlah merupakan kekangan untuk maju dalam sesuatu bidang.

Contohnya dalam pengurusan hidup berkeluarga, Allah SWT menjadikan wanita dengan sifat kasih sayang dan lemah lembut yang merupakan antara sifat keibuan yang akan mendidik anak-anak dengan penuh hikmah dan dapat melapangkan hati suami dalam rumah tangga. Begitu juga dengan perwatakan seorang lelaki, mereka diciptakan dengan penuh tanggungjawab terhadap keluarga dan kelebihan yang ada pada mereka menjadikan mereka kuat dan berupaya menanggung kesusahan, kesulitan dan sebagainya.

Menyedari kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri masing-masing, kita hendaklah bangkit dan berusaha untuk memajukan diri daripada kepompong kemalasan. Jalan mudah "untuk berjaya tanpa usaha" hendaklah dijauhkan kerana ia bercanggah dengan sunnah Allah. Kejayaan tidak akan datang bergolek, ia memerlukan usaha dan pengorbanan, itulah peraturan hidup yang sebenar.

Dunia hari ini, persaingan antara umat bukanlah dari sudut jumlah penduduk dan keluasan muka bumi tetapi dari sudut penguasaan ilmu. Dengan pelbagai disiplin ilmu manusia akan maju dalam pelbagai bidang dan tidak berada ditakuk lama.

Kesimpulan
Umat Islam dituntut untuk berusaha dalam apa jua keadaan. Kekurangan diri bukanlah faktor penghalang untuk berjaya. Usaha yang bersungguh-sungguh, diringi dengan doa dan harap kepada Allah akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang.

Notakaki:

Daripada petikan artikel di atas, saya memang teramat setuju. Nak katakan kaya, mak bapa yang kaya. Selagi masih belum berkahwin, loan FAMA tu mmg mesti. Kita cuma akan terasa berat beban biler kita sudah bekerja, dan sudah tentulah kita nak kena byr pinjaman pelajaran, kalo pompuan tu, biler dah bekerja, nak melawa, handbag 2-3 jenis, kasut pelbagai jenama, perfume lagi. Kalo lelaki tu, nak gadjet lagi, aksesori keta dah mesti. Ditambah lagi bila kita dah ambil keputusan utk berkahwin bg mereka yg sudah bertemu jodoh. Duit gaji bukannya selalu naik. Akan tengok prestasi kerja. Mana nak dapat duit tambahan? Bagi dah beranak pinak dah tentulah pening kepala mana nak cari duit utk kebaikan dan masa depan anak-anak.

Mr. Suami pun ada komitmen dia. Jadi kena lah usaha. Cari jalan lain nak tambah duit. Mula-mula saya sendiri tak nak masuk bisnes ni walaupun Mr. Suami menyarankan sebab Mr. Suami dah pernah pergi ke taklimat bisnes ni. Saya terus menjawab tak berminat tanpa selidik dahulu.

Bila anak dah masuk 2, barulah terfikir apa yang boleh saya buat bagi membantu Mr. Suami. Dan bila direnung kembali,bisnes ni adalah jalan terbaik utk saya mendapat duit tambahan. Dan Alhamdullillah, ianya membuahkan hasil. (Baru saya tahu yang bisnes ini tidak memerlukan tenaga yang banyak...) :-)

Ianya hanya perlukan usaha dan seterusnya tawakal.

Ingat! Sesuatu Kejayaan Tidak Akan Berhasil Tanpa Usaha Yang Gigih.....Caiyo!!

Tuesday, September 1, 2009

::3rd Anniversary::

Masa nikah (2 Sept 2006)

Malam Berinai

Bersanding

Bertandang

Saya masih lagi suka menatap album perkahwinan kami dan rasa-rasanya sampai bila-bila pun.

Saya masih teringat mak dan abah menangis selepas Mr. Suami selesai melafazkan akad.

Sampai sekarang saya teringat penatnya bergambar. Almaklumlah sekali jer berkahwin dan harap-harap pun Mr. Suami pun begitu.

Dan sampai sekarang saya masih teringat yang Mr. Suami tertinggal sampin yg patut dia pakai masa nikah tertinggal di Tg. Malim. Nasib baiklah Pak Andak Mr. Suami ada sampin yg matching. Masa tu, perasaan geram tu berbuak-buak di dada. Tapi bila difikirkan cukuplah kehadiran dia dan keluarga dan kami selamat diijabkabulkan.

Sehingga kini saya jeleskan bentuk badan saya dahulu dan kini tidak mustahil kerana adanya korset PB.

Untuk Mr. Suami,
Selamat Ulangtahun perkahwinan kita yg ketiga.
Sayang abang sangat-sangat.
Terima kasih diatas sokongan dan doa abg selama ini.

Copyright © FromHtoZ 2012 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.