Sunday, February 28, 2010

::Hari Minggu::

Saya dan suami berhutang masa dengan anak-anak. Jadi kami harus membayarnya.
Hari ini selepas makan di Seoul Garden di Plaza Pantai (adik saya mengidam steambot. Saya akan menjadi Mak Long. Yeah!!)
Kemudian ke rumah atuk dan seterusnya pulang ke rumah.

Malam pula, kami membawa anak-anak ke Fun Fair berdekatan dengan rumah.
Harris bermain dengan penuh kegembiraan (Kes tak ingat dunia)
Hadief reda dengan umurnya yang masih mentah untuk bermain bersama dengan abangnya. Cuma dia gembira bila melihat lampu yang berwarna warni.

Makan malam pula. Kami ke Paknonel (McDonald).

Dan pulang ke rumah tepat pukul 12 pagi.

Saturday, February 27, 2010

::Cakap terang::

Saya nak cakap terang.
Saya tak suka bila saya perlu berbuat sesuatu, saya terpaksa ikut telunjuk orang lain waluapun saya diberi tugasan tersebut.
Saya rasa macam orang bodoh bila sesuatu telah diberitahu kepada orang lain dan orang itu tak ambil kisah sebab anggap diri orang tu lebih pandai dari saya.

Notakaki: saya tak minta dipujuk. Cuba faham dan fahami saya.

Thursday, February 25, 2010

Wonder Girls NOBODY US Debut Single HD MV

Harris suka lagu ni. Siap menari bertepuk tangan.

Wednesday, February 24, 2010

::Menyampah::

Entah kenapa saya cukup menyampah dengan seorang ni.
Dah la meniru.
Lepas tu meniru lagi.

Taubat la wei.

Notakaki: Dosa tau.

Tuesday, February 23, 2010

::Taman Burung::

Gambar ni dah berabad dalam kamera En. Suami. Selepas pergi ke Aquaria, kami teruskan percutian kami ke Taman Burung KL yang berdekatan dengan Tasik Perdana.

Kami dapat diskaun kerana sebelum tu kami dah berjalan-jalan ke Aquaria.
Dan bakal mendapat diskaun lagi kirannya kami pergi melawat Zoo Negara.

myMetro | Cinta sejati suami

myMetro | Cinta sejati suami

saya harap anak-anak pasangan ini sedar akan kesilapan mereka.

syurga di bawah tapak kaki ibu.

dan saya juga berharap yang saya dapat berkhidmat untuk ibu saya sehingga ke akhir hayat.

Sunday, February 21, 2010

::Rindu Seminggu::

Hahaha. Tak tau kenapa nak letak gambar ni.
Yang pastinya setelah bercuti selama 7 hari.
Mr Z akan ke Uni.sel nya semula.
Maka, sesi merindu akan bermula.
Bukan saja impaknya pada saya (itu semestinya), ianya akan memberi kesan pada Harris dan Hadief.

Notakaki: Saya agak bengang bila dia menyanyikan lagu "Madu 3" nyanyian semula Ahmad Dhani.

Friday, February 19, 2010

::Ha....kantoi::

Cuti seminggu tak pergi mana-mana.
Nak pergi mandi sungai. Penuh.
Nak tak nak. Pergi ke Tasik Perdana.
Ni aktiviti-aktiviti mereka yang bernama Harris dan Hadief.

Ha. Kan kantoi dengan Umi.

Si abang siap pesan beli kolam mandi.
Hah? Siapa ajar?
Mentang-mentanglah bilik air tu 10 orang boleh masuk.
Minta kolam mandi.
Tak pe. Nanti Umi sediakan kolam renang ye.
;-)

Wednesday, February 17, 2010

::Beg pelbagai guna::

Jualan...Jualan

Pada yang berkeluarga,
boleh letak baju suami isteri, pampers dan baju anak-anak

Pada mereka yang masih belajar,
Boleh letak buku tebal yang dipinjam di library, botol air, camera digital dan lain-lain.

BG001

BG002

Tinggi : 30 cm
Panjang: 37 cm
Lebar: 18 cm

Harga RM25.00 termasuk harga pos.

Siapa cepat dia dapat.

Tuesday, February 16, 2010

::Supreme Cream Cheese Pie::

Resepi pertama lepas pindah rumah selain masak air dan nasi putih.
Dapat resepi dari Amy.

Sedap dan begitu yummy!
Sesiapa di luar sana meminati cheese?

Boleh cuba. Kemudian komen ya!

Bahan-bahan:
240 grams marie/digestive biscuits
125 grams butter
250grams philadelphia cream cheese
1 tin mixed fruits (medium) - asingkan buah dan jusnya
1 tablespoon gelatin (halal)
90 grams sugar
1 tablespoon vanilla essence
1 packet crystal jelly (approx. 110 gm)
1 tin nestle reduces cream (optional)

Cara-cara:
1st layer - Biskut dihancurkan. Butter dicairkan.
Campur kedua-dua bahan. Press it firmly down in a tray and leave it in the refrigerator for 10 minutes.

2nd layer
1 tablespoon gelatin dicampur dengan 2 tablespoon o fhot water till dissolved then leave it to cool.
Campurkan cheese, jus buah, gelatin, gula dan essen vanilla ke dalam blender and blend till it becomes a smooth mixture.
Poor mixture over the 1st layer and refrigerate till firm

3rd layer
110 gm crytal jelly di campurkan dengan 1 cawan air panas kemudian add 1 cawan air sejuk.
Susun buah ke atas dan tuangkan aduan jelly ke atasnya dan sejukkan semula.

4th layer - tuangkan 1 tin nestle reduced cream ke atasnya dan boleh dihidangkan.
Yang part ni, saya tak letak. Ikut selera masing-masing.

Thursday, February 11, 2010

::Kau yang ku nanti::

Gedik santai tajuk blog saya. ;)

Dah seminggu berpisah dengan my other half.
Hari ni dia balik. Yahuu.
jadi, malam ni, selain membuka booth kat DK.
Kami seperti biasa akan bercinta.
Tak perlu tunggu Hari Kekasih.
Sebabnya kami memang kekasih.

Mr. Z pun memang tak suka dan tak akan menyambutnya.
Katanya, cara kafir.
Dan, masa tu bunga, coklat dan sebagainya mahal.

Saya ok je.
Walaupun dalam hati cakap "Ala..."
Eeep!! Nak jadi isteri solehah tak?
Hah! kena dengar cakap suami.

Jadi. Pada suamiku.
Pandu dengan hati-hati.
Ingat mereka yang tersayang.
(Saya, Harris, Hadief, Mak, Mak mertua, Abah, Bapa Mertua, Akak,Namad, Miqdad, Nawan, Eisya......)

Notakaki: Tanpa segan silu. Abang.
I love you.
(takpe.dah kahwin boleh bagi kenyataan terbuka)

::Happy Chinese New Year::

To all Chinese Friends and Family.

- Gong Xi Fa Cai -

May it bring for you and your family
Good luck, good fortune and good times

Wishing You A Happy & Prosperous New Year!

Notakaki: Saya akan ke rumah atuk di PJ untuk meraikannya.
Minta Ang Pow dari Uncle Sunny, Uncle Danny dan Auntie Mei Mei.
:)

::Kad::

Saya nak buat bisnes kad saya.
Saja nak ubah angin.
Kad yang lama nak digantikan dengan corak kad yang baru.

Any idea?
Mungkin anda diluar sana ada kenalan atau pernah membuat bisnes kad ni.
Dan hasilnya begitu..MENAKJUBKAN. (hehehe..puas hatilah)

::rambut::

nenek bising. (mak saya lah tu)
sebab tak nak gunting rambut bujang saya yang seorang ni.
nak tak nak buat lah juga.
umpan nak beli aiskrim lepas potong rambut.
hati mamat ni berbunga riang.
Yeah..bye nenek. Ayis nak ting ambut. (Yeah..bye nenek. Harris nak gunting rambut)

Sampai je kat kedai Hadi.
Lebih kurang 30 minit menunggu.
Umi..Jom alek. (Umi..jom balik)
Lah...Kan dah sampai. Kejap lagi Umi belikan aiskrim.

Kebetulan semasa sesi pujuk memujuk.
Tibalah giliran dia.
Apalagi.
Terus menangis.

Hah! Ok.
OK.
Umi duduk sekali dengan abang ye.

Harris teruskan sesi menangis nya.
Dan terpaksa lah Umi dia duduk sekali.

Hah.
Bila dah habis gunting rambut.
Kesian. Penuh rambut Harris di baju Umi.

Abang. kenapa nangis?
Abang angis kan akut. Akit. (Abang nangis bukan takut. Sakit)
Mana ada sakit bang.
Akit. (Sakit. Sambil menunjuk sisa rambut yang masih ada)
Oooo...tu bukan sakit. Tu geli.
Hah...Abang eli. (Hah. abang geli)

Notakaki: Taubat. Lain kali Mr. Z sendiri yang bawa.

Wednesday, February 10, 2010

::Majlis Harijadi TSAB::

Cupcakes dari Kak Ros.

Berbentuk padang golf.
Sukan yang digemari oleh Tan Sri Dr. Abu Bakar. (Presiden tempat saya bekerja)
Ada makan-makan.
Ada 'poem' oleh Saudara Kevin Lim.

r Tan Sri Abu Bakar

On your birthday, this occasion
With your being here,
SIR
Continue to guide us ..

As our Mentor
Give us advice
Full of concern with values likewise
Show counsel as a noble teacher
Design our future to be full of wisdom valor and vigor

As Molder
Shape our wit
Making us the instrument in harnessing intellect...Fit
...To develop the young with words of respect
Motivating and forming the future’s best
In gaining knowledge select

As Educator
Heal ignorance which we face
As in our hands lie ambition and a greater place
Brilliant clinicians do not feature
Without patient teachers
Neither come clinician nor great doctors
Without intelligent educators

Dear Tan Sri on this , your birthday in Febuary
Let us exalt all effort to achieve your vision and plan
Let us pray God shall bless us all
And all hockey , cricket and golfing fans

::Tak sanggup::

Saya tak sanggup melihat gambar mayat bayi yang telah dibuang. Terlalu menyayat hati.
Perasaan dan naluri ibu saya begitu tinggi emosionalnya
Sanggup mereka yang terbabit dengan perkara zalim itu?

saya cukup marah dengan akal dan fikiran manusia terlalu sempit dan bodoh macam itu.
Haiwan pun sayang anak-anak mereka.

Kalau tak nak pun disebabkan dosa yang mereka buat. Hantar pada mereka yang boleh menjaganya.
Dosa mereka yang jahil ini tak boleh dibetulkan dengan membuang bayi yang tak berdosa.
Dosa mereka semakin tertambah.

Luluh hati saya. Luluh hati mereka yang masih tidak ada cahaya mata.
Sebab, anak adalah perkara yang terindah yang Allah s.w.t anugerahkan buat manusia.

Jangan pula menghentam saya bila tersinggung membaca saya mendoakan perkara yang tak elok buat mereka yang jahil itu.
Cepatlah bertaubat.
Sekiranya anda fikir saya tidak memahami anda. Anda SILAP!
Persekitaran saya membuatkan saya sentiasa peka.

Bangang!!
Semoga celakalah mereka itu.

Notakaki: Saya sayang dan hargai permata hati saya.
Kiranya saya ada memarahi anak-anak saya atas kenakalan. Dah reda.Saya buang ego dan minta maaf pada mereka.
begitu juga Mr.Z.

Bagi mereka yang nak membuang anak. Fikir-fikirkan kesannya pada anda, anak anda dan juga famili anda.
Orang tak nampak. Tapi TUHAN nampak.

::Cenderahati dari Kota Singa::

Dalam entri yang lepas, saya ada bercerita tentang mak saya yang pergi bercuti ke Kota Singa.
Dan tentang pengalaman pertama Harris naik LRT. (penat wei..)

Jadi, mak saya tidak pulang dengan tangan kosong.
Ada ole-ole.

Mr. Z: Keychain & T-Shirt
Saya: Purse dari Charles & Keith
Harris: Kasut Crocs
Hadief: ? (takdelah sayang. dapat jumpa nenek kan.saiz Hadief takde.)

Saya yang empunya!!

Ni harris punya. Suka.

Notakaki: Dapat gelas Kota Singa dari Cik Mim.

::Idol Remaja::

Gambar ni ketika matahari terik yang sedang berdiri betul-betul di atas kepala kami. Nak pinjam topi Hanis segan.
Dia datang bagi sokongan di Karnival Big Bang GEMS, Tasik Titiwangsa tahun lepas.

Sempat membeli buku Cik Bubbles. (Dia lagi bangga)

Ntah kenapa saya suka membaca blog Hanis Zalikha ini.
Mungkin sebab wajahnya yang comel dan cantik dan teringin anak perempuan saya pun akan cantik seperti beliau. (akan datang)

Bukan saja cantik. Dia juga berbudi bahasa dan tidak sombong. Seperti kakak dan mak beliau.
(Mak dia pun cantik.Awet muda gitu.)

Dia ibarat "Beauty with Brains".

CGPA pun tinggi.
Sejuk perut mak dia.
Sebab adik-beradik Hanis ni pandai-pandai belaka.

Saya BANGGA dapat berjumpa dengan ikon remaja ni.

Notakaki: Teringin nak jumpa Che Det pulak.

Monday, February 8, 2010

::Tak Nak Cerita::

Saya tak nak cerita tentang stres kerja lagi.
Saya mahu ceria.

Jadi, saya nak cerita hikayat 1000 malam (ceh!!)

Harris: Mi. Ayis nak gi Muscho (Umi. Harris nak pergi Jusco)
Umi: Tak payah la Harris. Umi takde duit. (Ayat umpan. Dengan nada yang sedih)
Harris: Mi. Ayis ada uwit. (Umi. Harris ada duit. Sambil seluk poket)
Eh. Takde.(sambil buat muka duitnya hilang)

*************************************************************************************
Nenek: Harris ada gigi?
Harris: Ada. (sambil tunjuk giginya)
Hadief ada. (Hadief baru tumbuh 2 batang gigi bawah)
nenek?
Nenek: Cuba Harris tengok sana. (Neneknya nak buat suspen)
Ok. (Sambil cuit bahu Harris)
Harris: Eh. nenek takde gigi? Ada muyut jer. (Eh. Nenek takde gigi. Ada mulut jer.)

Rumah saya sedang diubahsuai. Di suatu pagi.

Nenek: Harris. Bangun lah. Cuba tengok dapur rumah Harris.
Harris: Hah? (sambil mengesat mata dan pergi ke dapur)
Wah!! Umah Harris pecah.... (sambil menangis dan menunjukkan batu bata)

Harris: Adief. Amo ucik-ucik. Tu ayang ayah. Tu ayang atuk.
(Hadief, Tak mau usik-usik. Tu barang ayah. Tu barang atuk.)
Hadief: :) (senyum je budak tu)

Bila saya teringat dialog anak sulung saya tu. Hati saya ceria.

Notakaki: Dah janji nak belikan DVD Ultraman dia.

::Tak Pasti::

Selepas kejadian semalam.
Tetiba dia menjadi seorang yang lemah lembut ketika bercakap.
Tak angin-angin macam semalam.

Adakah dia sedar yang mataku merah?
Adakah dia nampak hidungku merah?
Dia sedar saya protes melalui email berbanding selama ini saya akan menerangkan sesuatu secara lisan?

Tak pasti.

::happykan diri::

sekarang ni kerja masih berlambak.
orang tu dah balik.
kepala berserabut.
jadi saya perlukan sesuatu yang happykan diri.
saya perlu membuat sesuatu.
selalunya kalau saya serabut.
saya akan berfacebookkan diri.
tak pun dengan nukilan blog saya.
nak buat skrip drama atau filem masih belum difikirkan lagi.
tapi ura-ura nak buat novel tu memang ada. ;)
bila orang tu dah balik.
saya senang hati sikit.
sebab suaranya yang buat saya sakit kepala dan tension.
bukan tak sedap tapi nyaring.
dan saya ada masa yang tenang untuk siapkan kerja saya yang bertimbun macam seminggu tak cuci baju. (saya teringat nak beli sabun basuh baju dah habis)

thanks pada nieda dan si tedi.
sebab bila saya baca komen mereka, sekurang-kurangnya saya rupanya ada kawan yang sudi mendengar.

Friday, February 5, 2010

::nangis::

Thursday, February 4, 2010

::8 Tips - Menjaga Solat::

1. Tingkatkan kesedaran tentang peri pentingnya solat itu sendiri

Perkara paling asas supaya dapat menjaga solat adalah datangnya dari kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan solat. Ketahuilah bahawa solat merupakan ibadah pertama sekali dikira pada hari pembalasan. Jika diterima maka amalan lain akan dihitung, jika tidak maka sia-sialah amalan kita yang lain.
Bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga solat, bacalah buku-buku agama yang mempunyai:
  • Kepentingan solat
  • Kelebihan solat
  • Amaran dan celaan ke atas mereka yang meninggalkan solat
  • Kepentingan dan kelebihan solat berjemaah
  • Amaran kerana meninggalkan solat jemaah
  • Penerangan tentang khusyuk dan khudu’ dalam solat
  • Menyenaraikan hadith-hadith tentang khusyuk solat
  • Menceritakan mengenai solat yang dilakukan para sahabat
Moga-moga dengan keberkatan dan nur-nur hadith/quran yang anda baca tu, ditambah dengan keinginan serta usaha untuk berubah, Allah akan berikan kekuatan pada kita untuk menjaga solat, insyaAllah.

2. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang sentiasa jaga solat
Kita kena cari kawan-kawan yang menjaga solat mereka. Kawan-kawan sebegini boleh saling ingat mengingati dalam melakukan perkara ibadah. Rakan-rakan kita tu setidak-tidaknya boleh memberikan kita motivasi untuk melaksanakan perintah Allah. Jadi, carilah dan dampingilah rakan-rakan yang baik dan menjaga solat mereka.

3. Cuba lawan nafsu sedaya mungkin
Kadang-kadang nafsu malas solat memang datang juga kepada kita. Jangan sesekali tewas dan mengikut rasa hati untuk tidak mendirikan solat. Lawan perasaan tersebut, jangan biarkan kita tewas. Setiap kali kita menang, ia akan berikan kekuatan tambahan bagi mendirikan solat pada waktu seterusnya.

4. Ingat ganjaran dan pahala bagi orang yang menjaga solat
Cuba ingat dan fikirkan ganjaran bagi orang yang bersusah payah menjaga solat. Pahala yang melimpah ruah yang boleh berganda sehingga 700 kali ganda, apatah lagi jika dilakukan pula secara berjemaah.
Ini belum dikira penghapusan dosa bagi mereka yang melakukan solat secara konsisten. Ingatlah dari satu solat ke satu solat yang lain dapat menghapuskan dosa-dosa yang dibuat di antara kedua solat tersebut.

5. Jangan tidur lewat. Pastikan anda dapat tidur yang mencukupi
Ini terutamanya memberikan kesan pada solat subuh. Kalau kita tidur lewat dan tidur tak cukup, bagaimana untuk solat subuh? Memang liat laa jawabnya.
Jadi, pastikan kita dapat tidur yang mencukupi. Ini akan dapat membantu kita lebih mudah untuk bangkit bagi mendirikan solat.

6. ‘Set’ kan minda bawah sedar dan niat dalam hati
Peranan minda bawah sedar sebenarnya sangat penting. Sebenarnya minda bawah sedar ni adalah sangat berkait rapat dengan niat di dalam hati. Saya sarankan sebelum kita masuk tidur, cuba cakap pada diri kita, samaada cakap dalam hati atau cakap bisik pada diri sendiri, contohnya ‘Esok, aku mesti bangun pukul 6 pagi untuk solat subuh’.

Ia mungkin nampak kecil saja perkara ini, tetapi sebenarnya ia memberikan pengaruh yang besar pada minda dan tubuh badan kita.

Pernahkah kita ada pengalaman seperti ini. Contohnya bila kita kena jumpa seseorang (awek ker, pakwe ker) atau ada meeting penting pada esok pagi pukul 7 pagi. Jadi kita kena bangun awal untuk mandi dan bersiap-siap. Apa kita buat sebelum kita tidur? Bukankah kita akan set kan minda kita, atau niat dalam hati bahawa, ‘Besok pagi, aku kena bangun awal sebab nak jumpa awek/pakwe atau nak kena hadiri meeting penting’.

Kalau kita memang dah set kan minda dan niat dalam hati macam tu, kita mesti boleh bangun punya walaupun tidur baru 2-3 jam!

7. Ingat mati
Bayangkan jika kita mati sebentar lagi atau esok. Di mana kita akan ditempatkan? Apa nasib di kubur nanti? Bagaimana pula pada hari akhirat kelak?

8. Doa pada Allah mohon hidayah dan kekuatan
Sentiasalah pinta pertolongan dari Allah. Perbanyakkanlah doa. Pohonlah pada Allah, “Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah pertolongan bagi diriku untuk berzikir mengingati-Mu, memanjat syukur pada nikmat-Mu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu”

P/S: Kredit kepada Saudara Amirullah.

Notakaki: Bukan hanya mengingatkan orang lain, saya juga mengingatkan diri sendiri.

::Sama tapi berbeza::

Sempena Hari Jumaat, penghulu segala hari.
Blog saya kali ini pastinya berbentuk islamiah sikit.
Ooopss..Maafkan saya. (skema betul saya hari ini)
Lupa bagi salam.

Assalamualaikum semua.
Semoga hari ini kita perbanyakkan amalan dengan membuat kebaikan.
Hehehe.

Entri kali ini ye saudara saudari sekalian.
Mengenai Harris Zikri.
Hem...Dia lagi.

Habis tu. nak letak gambar siapa lagi kalau tak keluarga dan sahabat handai saya.

Perasan tak gambar-gambar dibawah ni hampir sama gaya pose nya?

Rasanya ada lagi gambar pose yang sama. Cuma tak jumpa lagi.
Maklumlah. Pindah rumah. (alasan)

Raya 2008

Raya 2009

Notakaki: Auntie-auntie semua suruh ambil gambar macam ni raya akan datang. Framekan sampai ke tua. (Marah kalau saya panggil makcik. Tak glamour)

Tuesday, February 2, 2010

::Gembira tak ingat::

Muka budak yang gembira tak ingat dunia bila dapat jumpa nenek kesayangan dia.
Asyiklah berkepit.Pegang tangan tak nak lepas.
Yang kelakar tu, nak tolong nenek bawak beg baju.
Nasib baik beroda.
Semua orang kat food court KL Sentral pandang dia.
Adakah semua anggap kami semua mendera dia?
Oooh tidak...

::Susah Menghargai::

Susah sangat ke nak menghargai?

Bukan sesiapa pun. Bukan ke susah senang tu bersama?

Bila susah, keliling lari bertempiaran. Pandang muka pun tak lalu.

Bila ada yang membantu.

Tu pun susah nak menghargai.

Bukan duit diminta sebagai tanda jasa dibalas.

Ingat pada yang masih hidup.

Luangkan masa. Berikan kasih sayang pun dah memadai.

Bila kita dah senang. Berhimpit orang bertanyakan khabar.

Orang macam ni tak tau malu ke?

Manusia...............

::Naik LRT::

Ini pertama kali abang naik LRT.
Ni pun kebetulan je.
Takde rancang-rancang.
Abang nak jemput nenek.
Nenek 'holiday' ke Singapore.

Budak yang seronok sakan bila Umi dia ajak naik train.
Dan selalu bergaduh dengan Umi bila nak bayar tiket sebab dia ada duit.Umi takde.Hahaha

Ha..Dah sampai pun train.

Umi..Peace..
Abang, apsal banyak sangat peace tu? ;)

Copyright © FromHtoZ 2012 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.