Saya rasa menjaga hati itu penting.
Sebab satu ikatan takkan putus, malah cinta kan sentiasa berkembang.
Kita tak tahu isi hati orang.
Orang tu sedih? Terluka? Gembira? Bersyukur?
Menjaga hati itu penting.
Antara suami isteri, adik beradik, kawan sekerja.
Kalau orang lain menjaga hati kita,
kenapa kita tak boleh menjaga hati orang?
Perasaan tak boleh diukur.
Tak boleh diukur ketinggiannya, tak boleh diukur tahap belajarnya.
Boleh kita nilaikan perasaan itu setinggi tahap diploma? ijazah, master?
Boleh kita nilaikan besar kecil perasaan itu?
Apakah orang yang tak menjaga hati itu seorang yang tak bersyukur?
Atau orang yang menjaga hati itu tak tahu menilai sama ada berbaloi atau tidak?
No comments:
Post a Comment