Thursday, May 24, 2012

|Langkah Untuk Mengatasi Masalah Politik Pejabat|

Kebanyakan dari kita kalau boleh nak pergi kerja tanpa sakit kepala hanya semata-semata untuk melayan karenah rakan-rakan sekerja yang cuba untuk menjatuhkan kita, berlaku pengkhianatan semasa menjalankan tugas dan ada pula yang cuba mendapatkan semua kredit untuk dirinya sendiri walaupun itu adalah usaha orang lain.

Menarik bukan! 

Ada pula yang mengapi-apikan rakan baik , sabotaj dan ini semua berpunca dari perasaan cemburu dan sebagainya.Ada pula yang cuba berbaik-baik dengan bos semata-mata mahu kesenangan naik pangkat atau sebagainya dan dengan rela hati menjadi mata dan kepala bos untuk memantau keadaan pejabat.

Pantang melihat kejayaan rakan sekerja yang lain , awal-awal dia sudah cucuk jarum.

Inilah yang dinamakan politik pejabat.

Politik pejabat telah lama sinonim dengan bergosip dan sabotaj.Yang pasti, anda mempunyai pilihan untuk terlibat atau tidak dengan politik pejabat.

Percaya atau tidak, politik pejabat mirip kepada permainan.Malangnya, tidak ada cara ajaib untuk menghapuskan suasana politik pejabat yang kotor.Namun,ada cara untuk meminimumkan politik pejabat tersebut.

Ah! Memang tak best langsung lah hari-hari dok mengadap muka diorang kan.

Kalau boleh , kita hendak bekerja dengan rasa aman damai tanpa gangguan negatif yang boleh menyebabkan kerja menjadi tidak produktif.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengelakkan politik pejabat di tempat anda?

Elakkan konfrontasi secara langsung
Elakkan kaedah konfrontasi (pertentangan dan perselisihan) yang boleh merangsang perlakuan tidak diingini.Jika korang tersilap-langkah ,ini akan mengundang risiko ke atas diri anda tambahan pula ada yang mempunyai kabel besar dengan bos.Jika ada yang cuba untuk membalas dendam atau sebagainya , cubalah dapatkan bantuan dari pihak yang anda benar-benar percaya sahaja. 
---> Yang ni mmg dah diamalkan dari dulu. Saya mmg tak suka bergosip2 di antara officemate. Biler time lunch, diorg buka je mulut, saya tak kuasa nak dgr...sambung je makan sampai habis. Dah tu, habis gosip sound pulak "citer ni habis kat sini je tau". Esoknya dengar dialog yg sama pada org yg berbeza. Herm.... "Ai gosip2 artis ni mmg ai layan...gosip org2 yg tak mendatangkan faedah tak kuasa ai...." hahahaha

Berjumpa pihak pengurusan
Berjumpa pihak pengurusan atau HR.Pilihan ini mempunyai beberapa keterbatasan, terutama jika rakan kerja yang terlibat mendapat sokongan dari bosnya.Jika anda mempunyai bukti yang anda telah dianiaya , jangan keberatan untuk bertemu pihak pengurusan.
---> Ni saya malas nak percaya. HR ni kekadang pun ada kroni jugak. Saya pernah kena dulu kat office lama. Ingatkan senior kat HR tu, tak berat sebelah. Biler ngadu pasal adik ipar dia yg gatal dan tak professional, dia pulak sampaikan kat adik ipar dia tu. Akhirnya.....(kes ni yg rapatkan saya dengan Mr Z) huhuhuhu.

Jadilah diri sendiri dan jangan hipokrit.
Kita mungkin tidak dapat menyelesaikan semua masalah politik pejabat 100%, tapi itu tidak bermakna kita harus terikut-ikut seperti mereka.Kita kena pandai untuk tidak melayan mereka yang bergossip kotor dan menikam orang dari belakang.Mungkin kita kerap terdengar beberapa perbualan yang tidak menyenangkan tetapi kita harus menapis yang mana baik dan yang mana buruk.
---> Yang ni saya amalkan sehingga sekarang. 

Anda Harus Tabah.
Terus-terang , kita mesti tidak senang hati sekiranya sering dikhianati tetapi kita harus tabah untuk menghadapi semua ini dan jangan biarkan kerja kita turut terganggu.Sememangnya , mereka yang terlibat dengan politik pejabat mempunyai pelbagai cara untuk menjatuhkan orang lain.Tujuan mereka adalah untuk menjatuhkan kita, jadi jangan biarkan mereka menang.Berdiri teguh ketika berhadapan dengan politik pejabat yang direka untuk menyakiti kita.
 ---> Yup. saya tabah. Biler byk kerja, takde pulak saya nak kemplen2. Buat apa yg saya mampu.

Handle Musuh Anda Dengan Baik
Kalau tidak ada musuh jangan cari musuh. Ada pepatah menyatakan ‘hanya satu alasan mengapa musuh anda tidak dapat menjadi kawan anda, iaitu anda sendiri’. ‘Musuh kita adalah sahabat kita, kerana dialah yang menunjukkan kesalahan kita ‘ (Nabi Muhammad s.a.w.).
Kenal siapa yang menjadi musuh anda dan mereka yang berpotensi membenci anda. Mereka ini adalah orang yang tidak suka anda naik. Apa kekuatan mereka? Dari mana kekuatan itu datang? jawatan mereka? Sekuat mana pengaruh mereka? Siapa sahabat-sahabat mereka? Adakah dia seorang yang dikatakan penting di pejabat anda. Soalan ini anda harus jawab sendiri. Anda juga perlu mengkaji kelemahan musuh anda dan menggunakan kelemahan mereka untuk menjadi benteng anda.
 ---> Kelemahan diorang? Mana lah saya tahu kalau saya dah tak kuasa nak layan. Herm...boleh kot buat macam ni. 

Anggap politik pejabat adalah sesuatu yang normal.
Jangan dikusutkan sangat kepala dengan masalah birokrasi,gosip liar dan sebagainya.Mereka yang terlibat dengan politik pejabat ini sebenarnya manusia biasa juga.Mungkin tabiat dari luar yang dibawa ke pejabat yang menyebabkan suasana pejabat tidak mesra.Umpat-mengumpat, menjatuhkan orang lain , bodek-membodek dan ada kumpulan sendiri adalah sesuatu yang normal dalam pejabat cuma kita kena pandai handle.Pastikan juga kita tidak menggunakan “politik pejabat” sebagai alasan untuk menutupi kekurangan diri.
 ---> Diorang ni mmg suka bab2 rumah tangga org...kalo diorg cuba nak korek hal rumahtangga saya. Mmg saya bg jwpn yg sgt2 ringkas. Buat apa nk cerita kan? Nanti diorg ni buat pulak gosip psl rumah tangga kiter mcm mana?

Terlibat atau tidak , korang harus tahu cara untuk mengatasi masalah politik pejabat.Pilihan adalah ditangan anda.

No comments:

0 comments:

Copyright © FromHtoZ 2012 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.