Harris semalam terkunci dalam bilik air.
Menangis menjerit-jerit panggil nama Umi.
Yang si Ayah pula
mengetuk pintu dan cuba membuka tombol pintu.
Cari kunci
tiada yang padan.
Ah...Sudah.
Ayah cuba pula pintu bilik air lagi satu.
Pun berkunci.
Puas di ajar Harris cara buka pintu tu.
Makin kuat dia menangis.
Ayah nak cuba pecahkan pintu.
Umi pun cakap
"Tak payah. Biar Umi cuba."
"Harris, cuci tangan bersih-bersih.
Dah ke? Kalau dah, cuba buka pintu tu macam ni."
Sambil Umi memusingkan tombol pintu.
Tap!
Harris pun keluar dari bilik air sambil cakap
"Umi. Harris takut"
Rasanya dia gelabah dan takut.
Sebab tak boleh buka pintu.
"Tu lah. Lain kali jangan kunci pintu.
Nasib baik boleh buka. Kalau tak boleh nanti abang kena tidur dalam bilik air."
Kesimpulannya. Jangan panik. ;p
Notakaki: Mesti Encik Suami rasa bini dia poyo!!
Hahaha. Itu lah hakikatnya.
JANGAN PANIK
6 comments:
apehal anak kau asyik terkunci dlm toilet. dulu yg masa cik nah kat penang tu pun jadi camtu gak kan.
betul tu kan?????jangan panik is kata kunci..
pernah sekali anak main sorang dalam bilik, then dia tutup pintu..
bila papa dia dengar Dhiya tekan2 tombol tu dia dah gelabah cakap terkunci...then Dhiya dah start nangis..lagi ler papa gelabah samapi nak nangis dah...tapikan akikat sebenarnya pintu tu x terkunci pun..cuma dia amat gelabah..huh
bubbles:ye kot....aku tak ingat...tp kat umah btho, first time...terer kan Harris? ;-p
mama Dhiya: yup...kata kunci jgn panik...walaupun anak dah menangis....
sib baik uminya tak panik sama... klu tak berlobang satu pintu.
zampeada: tu lah...kalo tak ropong bilik air tu....kalo toilet kat dlm bilik tersorok gak...ni kat dgn dining...haru kalo org nmpk...hahahah
ishh sape tak panik kalo anak terkunci dlm bili air lak tu...hehe
betul tindakan uols tu...menangani dgn cara tidak panik....bravo!
Post a Comment