Dibelasah tegur anak jiran
PULAU PINANG 31 Okt. – Seorang wanita tidak menyangka tindakannya menegur anak jirannya yang membuat bising di depan rumah membawa padah apabila diserang oleh ibu bapa kanak-kanak itu sehingga dia mengalami patah kaki kanan dan hidung.
Dalam kejadian pukul 6 petang, Rabu lalu, mangsa yang berusia 43 tahun bukan sahaja ditumbuk malah dipijak oleh ibu bapa kanak-kanak itu.
Lebih malang lagi, cucu dikendong berusia sebulan terlepas dari tangannya dan jatuh ke lantai semasa diserang suami isteri yang tinggal di depan rumahnya di Teluk Kumbar di sini.
“Niat saya hanya menegur anak mereka agar tidak bersikap kurang ajar dan membuat bising di hadapan rumah disebabkan cucu saya ketika itu sedang tidur.
“Tiba-tiba selang beberapa minit, kedua-dua ibu bapa kanak-kanak itu datang menyerang lalu menumbuk muka sehingga rebah sebelum saya dipijak-pijak mereka.
“Cucu saya terpelanting dan saya ketika itu tidak terdaya lagi disebabkan kaki kanan saya sudah tidak rasa apa-apa lagi,” katanya yang enggan identitinya dikenali ketika ditemui di sini, hari ini.
Notakaki: Apa lah nak jadi.
Jangan nak pakai serang je. Selidik betul-betul.
Kalau anak kita yang salah, jangan simpan salah mereka. Tegur.
Takkan jiran nak suka-suka hati nak marah-marah anak kita.
Sekarang ni zaman jiran buat dek je.
Kalau anak kita yang memekak macam orang gila, buat orang lain terganggu, sila ajar anak itu.
Masa kecil, mak saya memang dah ajar.
Kalau keluar bermain, jangan buat orang lain marah. Lagi-lagi masa duduk rumah flat dulu.
Kalau mak saya dengar, suara kami adik beradik macam Tarzan dan Jane masa bermain kat luar.
Balik, mak menunggu dengan hanger. Hahaha
4 comments:
tu dia kalo guna kepala lutut tuk berpikir...huhu
pendpt mamasue la kan...apa lah ayat yg org tu pki sound anak org tu?org tu dtg marah2 smp cenggitu sekali seakan dah simpan geram yg lama yg jiran tu...takkan la sbb itu je dipijak2nya?pelik sungguh lah manusia
mamasue: btul juga pendpt mamasue tu. teringat kat umah lama...ada isteri org ni, marahkan anak jiran, siap jerit ckp anak jiran tu anak luar nikah...lps tu, hehehe...bapa budak tu datang bwk parang...nasib baik ada org yg amankan...
ianya berpunca pada makanan yang tidak dijaga kehalalannya..
bila hati dah gelap.. orang tegur pun tak boleh nak terima
Post a Comment