Tuesday, December 1, 2009

::etika pengurusan diri::

Jangan takut kepada kegagalan kerana apa yang paling ditakuti ialah anda tidak mempunyai cita-cita untuk mencuba.

1. Mempunyai tujuan hidup

Kenal pasti tujuan hidup sebenarnya. Matlamat peribadi hendaklah sama atau selari dengan matlamat organisasi supaya wujud matlamat hakiki yang membawa kepada kebahagian diri dan bersesuaian dengan organisasi.

Setiap matlamat yang dibentuk hendaklah yang khusus dan jelas. (saya juga mempunyai matlamat yang besar tapi perlulah realistik. Inginkan rumah, gaji besar, kereta yang selesa..dll)

2. Menjaga harga diri.

Setiap manusia itu mempunyai harga diri yang tersendiri. Kita seharusnya berasa puas hati di atas kejayaan kita. Setiap kejayaan yang diperolehi hendaklah dibanggakan dalam keadaan tenang.

Tidak perlu perasaan ego atau membangga diri setelah setiap kejayaan diperolehi.
(Semua yang saya kecapi kini adalah hasil keringat saya dan juga pemberianNya. Saya selalu ingatkan pada diri saya bahawa semua ini takkan terjadi tanpa restu dariNya, ibu bapa dan juga dari suami tercinta) Untuk menjamin kita dapat mengekalkan harga diri yang baik hendaklah tanamkan sifat ingin manjadi insan yang positif. (ya...perlu positif dalam apa yang kita lakukan)

3. Sabar.

Orang yang tiada keyakinan biasanya kurang sabar. Setiap yang kita lakukan tidak semestinya dapat dicapai kejayaan dalam waktu yang singkat. Orang yang mempunyai keyakinan diri biasanya tertumpu kepada masa kini dan sebotaj masa depannya. (ini saya harus tukar..saya kurang sabar..hahaha...tapi tahap keyakinan tu selalu ada...)

Kita janganlah mengharapkan sesuatu penghargaan itu datang dengan segera apabila kita melakukan sesuatu dengan baik. Ia akan datang dengan sendirinya tanpa minta-minta.
(ya...saya percaya pada ini)

4. Bentuk sifat ingin meneroka.

Keinginan untuk meneroka sesuatu yang baru akan membentuk sifat kreatif dan inovatif dalam diri. Kita selalu beranggapan bahawa apa yang kita tahu adalah benar, sebab itu kita sentiasa mempertahankan apa yang kita tahu. Sedangkan kita sepatutnya tahu bahawa tidak semua perkara yang kita tahu adalah benar.
(Saya ni selalu ada idea...tapi susah jugak nak realisasikan tanpa usaha)

5. Mempunyai ketekunan dan ketabahan.

Setiap sesuatu yang dilakukan memerlukan ketekunan dan ketabahan. Musuh utama dalam usaha kita mencapai sesuatu kejayaan adalah kebosanan. (Saya cepat bosan dan itu harus dijauhkan)

Begitu juga dengan komitmen dan minat yang mendalam apabila melakukan sesuatu yang akan membawa kepada kejayaan.

6. Perspektif kendiri

Seseorang individu seharusnya mempunyai pandangan dalaman iaitu melihat dari dalam diri apakah perkara yang dilakukan sesuai dengan prinsip diri dan etika yang telah dibentuk. Di samping itu individu tersebut harus juga melihat perspektif yang lain terhadap dirinya mengenai sesuatu perkara. Kita juga harus mengenalpasti keutamaan dalam sesuatu situasi.

Kita juga harus menpunyai pemikiran ke hadapan.
(pandang ke hadapan, dan jangan toleh semula ke belakang)

7. Membentuk sifat merdeka.

Kita perlu membentuk sifat merdeka dalam membuat sebarang keputusan. Kita tidak seharusnya terkongkong dengan pemikiran tertentu dalam membuat sebarang keputusan. Namun begitu pandangan dan pendapat orang lain harus dipertimbangkan dalam membuat keputusan. (Alhamdullillah, saya mendapat sokongan padu daripada semua orang disekeliling saya termasuk tukang kebun...huhuhu)

Notakaki: Petikan ini bukan nukilan saya. Sekadar ingin berkongsi..

No comments:

0 comments:

Copyright © FromHtoZ 2012 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.